Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para
sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun
berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang
muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada
kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu
Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu
untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam,
maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah
S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda
dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang
telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang
muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian
Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T
seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki
yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan
itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba
untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak
berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?". Berkata ular, "Dia
telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar
azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu
keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.
Maka inilah balasannya.
sumber:br 4
0 komentar:
Posting Komentar